dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

eSukan - Laluan Kerjaya Dalam Industri E-Sukan

6 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 05 June 2026, telah berlangsung Laluan Kerjaya Dalam Industri E-Sukan. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta memahami mengenai industri eSukan kini iaitu industri global yang berkembang pesat, melibatkan pemain, organisasi dan komuniti, pelbagai acara dan pertandingan dianjurkan, membuka peluang pekerjaan baharu dan industri memerlukan pelbagai bakat. Selain itu, peserta mengetahui kerjaya sebagai pemain professional seperti bertanding dalam kejohanan rasmi, menjalani latihan berstruktur, mewakili pasukan atau organisasi, menjana pendapatan melalui pertandingan dan memerlukan disiplin dan komitmen tinggi. Seterusnya, peserta mengetahui kerjaya sebagai jurulatih dan pengurus pasukan seperti jurulatih membantu pembangunan pemain, menganalisi strategi dan prestasi, pengurus mengurus operasi pasukan, menyelaras jadual dan komunikasi dan penting untuk kejayaan pasukan. Akhir sekali, peserta mengetahui kerjaya dalam penyiaran eSukan contohnya shoutcaster atau pengulas pertandingan, hos program dan acara eSukan, penganalisis permainan, wartawan dan pencipta kandungan dan memerlukan kemahiran komunikasi.

Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.